Sabtu, 28 November 2015

Kemaskini Hari Ke-Dua RoBatlle 2015, 28 November 2015 (Kemaskini ke-2)

Saksikan gambar-gambar dan video sekitar hari pertandingan

Pit-Stop team KKTMKu

Exercutioner melepasi pemeriksaan dimensi (kurang 300x300x1000mm)

Akan tetapi Exercutioner tidak melepasi pemeriksaan berat 7.5kg. Berat yang ditimbang adalah 8.2kg

"Cover" badan robot terpaksa dibuang untuk mengurangkan berat


Berat Exercutioner cukup-cukup 7.5kg iaitu berat tanpa bateri setelah di"bogel"kan.
Ketika ditimbang, berat dengan bateri adalah 7.6kg

RoBattle field


Team KKTMKu tidak sempat "trial run" di atas RoBattle field disebabkan pasukan terpaksa membuka "cover" badan robot untuk ditimbang semula menyebabkan masa telah tamat untuk trial run.


Kemaskini Hari Ke-Dua RoBatlle 2015, 28 November 2015 (Hari Pertandingan)

Hari ini tiba lah hari yang dinantikan iaitu hari pertandingan RoBattle UniKL-MFI 2015. Persediaan dan persiapan robot Exercutioner telah dibuat semalaman semasa tiba di Bangi. Walaupun begitu, seawal pagi ini team KKTMKu masih menyiapkan beberapa bahagian robot yang bermasalah sebelum dibawa ke MFI. Pendaftaran adalah sebelum jam 10 pagi.

Proses menukar bahagian hadapan robot sebagai senjata untuk menyodok robot lawan


Team Exercutioner KKTMKu sudah bersedia!
Dari kiri: Sir Razelan, Adib, Sir Yusri, Syazwan, Amirul dan Amin


Jumaat, 27 November 2015

Kemaskini Hari Pertama RoBattle 2015, 27 November 2015

Team Robattle KKTMKu telah tiba di Bangi, Selangor pada awal pagi Jumaat, 27 November 2015. Pasukan ini telah menetap di Bangi Guest House, iaitu rumah inap yang terdekat dengan UniKL-MFI.

Setibanya di rumah inap tersebut, team Robattle KKTMKu telah memulakan kerja-kerja untuk menyiapkan robot Executioner dan mengujilari robot tersebut. Ini termasuk juga kerja-kerja menghias robot dengan "sticker" dan graffi tangan menggunakan "marker pen" sahaja.

Bilik team Exercutioner

Kawasan lapang yang sesuai untuk ujilari

Meja simen fero kebetulan berada depan bilik penginapan, menjadi tempat bertukang robot

Sir Razelan memberi idea tambahan



"Cover" robot sedang dibuat

Executioner sedang diujilari


"Executioner" nama diberi

Robot gempur KKTMKu dibina secara "ad-hoc" memandangkan 2 dari 4 pelajar yang menyertainya adalah pelajar tahun akhir yang juga perlu menyelesaikan projek tahun akhir mereka. Oleh itu robot ini mula dibina sejurus mereka selesai pra-persembahan projek iaitu kira-kira seminggu sebelum pertandingan.

Setelah siap dibina dan diuji pergerakkannya, maka terhasillah robot yang diberi nama "Executioner". Nama memang gah, sampai tersasul kalau nak menyebutnya. Saksikan "Executioner"

Executioner yang telah siap di hari pertandingan


Jangan dekat...nanti kena gigit


Pandangan kiri


Graffiti yang sempat dilakukan tanpa "sticker"



Ujilari Executioner



UniKL RoBattle Competition 2015




Tahun ini 2015 Jabatan Automasi Industri & Robotik hampir tidak menyertai apa-apa pertandingan robotik seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana pertandingan tahunan yang dianjur oleh UniMAP iaitu Malaysia International Robot Competition atau MIRoC telah tidak dianjurkan pada tahun ini. Begitu juga dengan pertandingan RoboGamerz anjuran Uniten juga tidak dianjurkan pada tahun ini.

Muncul pertandingan robotik yang dinantikan penyertaannya pada tahun ini iaitu UniKL RoBattle Competition 2015 anjuran Malaysia France Institute, MFI - UniKL di Bangi, Selangor di hujung tahun 2015. Ini sedikit sebanyak merawat keterujaan pelajar-pelajar Jabatan Automasi Industri & Robotik yang mahu menyertai pertandingan robotik di luar kampus.

Sedikit tentang pertandingan RoBattle ini, ianya mirip seperti pertandingan RoboWar, RoboGamerz anjuran Uniten iaitu pertandingan lawan robot! Menarik bukan? Spesifikasi robot tidak seperti RoboWar iaitu 700x700x700mm, 20kg maks, tetapi ianya lebih kecil, 300x300x1000mm, 7.5kg! "Cute"nyer!

Nantikan kemaskini harian dan keputusan perlawanan dalam masa terdekat.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...