Isnin, 7 Januari 2013

Sesi Januari - Jun 2013

Salam.
 
Sesi Jan-Jun 2013 baru bermula pada 03 Januari 2013 dan masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan Selamat Datang kepada pelajar baru Semester 1 serta selamat kembali belajar kepada pelajar Semester 2, 3 dan 4.
 
Pada semester ini, terdapat 2 pertandingan kebangsaan iaitu Robogamerz (Robowars) dan MIRoC akan berlangsung pada Februari (Robogamerz) dan April (MIRoC). Kedua-dua pertandingan ini adalah penting untuk Jabatan Robotik yang merupakan kayu ukur prestasi jabatan dalam penyertaan pertandingan peringkat kebangsaan. Oleh itu, bersama-samalah kita, para pelajar dan rakan-rakan penyarah dapat memberi komitmen dan berusaha untuk memenangi pertandingan tersebut terutama pertandingan MIRoC yang merupakan penyertaan kali kedua jabatan.

Semoga dengan tahun baru, semester baru ini akan memberi semangat dan azam kepada semua pelajar dan pensyarah Jabatan Automasi Industri & Robotik untuk menempa kejayaan yang gemilang pada tahun ini.

Sekian.

Saiful Asmin Tumin
Ketua Program
Jabatan Automasi Industri & Robotik
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...