Rabu, 20 Februari 2013

Sekitar Penghantaran Rulhafizi ke Queensland di KLIA

Berikut adalah paparan gambar kenangan bersama saudara Mohamad Rulhafizi Bin Mohamad Razani, bekas pelajar Jabatan Automasi Industri & Robotik KKTM Kuantan yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di University of Queensland, Australia di bawah tajaan MARA.
 
 Rulhafizi mendaftar masuk seawal jam 7.30 pagi
 
 Bergambar kenangan bersama rombongan KKTM Kuantan seramai 42 orang
 
 Kata-kata semangat "Selamat Berjuang" antara yang disampaikan kepada Rulhafizi
 
 
 
Semoga rombongan pelajar KKTM Kuantan khususnya pelajar Jabatan Automasi Industri & Robotik ke KLIA yang menghantar saudara Rulhafizi ke Queensland, Australia, akan membakar semangat dan merasa kegembiraan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
 
P/s: Kepada Rulhafizi, "Selamat Maju Jaya"
 
 


Selasa, 19 Februari 2013

Bekas Pelajar Robotik Ke Queensland

Seorang bekas pelajar KKTM Kuantan, Mohamad Rulhafizi Bin Mohamad Razani, 29 (gambar), yang juga pelajar dari Jabatan Automasi Industri & Robotik telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di University of Qeensland, Australia oleh MARA.
 
 
Graduan lepasan KKTM Kuantan ini telah bergraduat Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri & Robotik) pada konvokesyen sesi Julai-Disember 2012 yang lepas dengan mendapat CGPA 3.5. Beliau yang berasal dari Machang, Kelantan juga telah mendapat gred 7.0 dalam International English Language Testing System (IELTS) yang merupakan sebahagian syarat bagi melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah tajaan MARA.
 
Bekas Presiden Badan Perwakilan Pelajar (BPP) KKTM Kuantan sesi Julai-Disember 2011 ini juga menjadi kebanggaan terutamanya kepada Jabatan Robotik kerana beliau merupakan pelajar pertama dari jabatan ini yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
 
Beliau dijangkaan berlepas ke Queensland, Australia pada Rabu, 20 Februari 2013 jam 9.30 pagi dari KLIA, Sepang dengan pesawat MAS MH135. Sehubungan dengan itu, satu rombongan terdiri dari 42 orang pelajar dan kakitangan KKTM Kuantan yang diketuai oleh Ketua Program Jabatan Automasi Industri & Robotik, En. Saiful Asmin Bin Tumin, akan berlepas ke KLIA dengan menaiki bas pada jam 12 malam, 20 Februari 2013 bagi memberi semangat dan sokongan kepada beliau sebelum beliau berangkat meneruskan perjuangan seorang mahasiswa di rantau orang.
 
Diharapkan dengan pencapaian beliau ini juga akan memberi semangat kepada pelajar-pelajar KKTM Kuantan, khususnya pelajar Jabatan Robotik agar dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan seperti beliau. Program melanjutkan pelajaran ke luar negara tajaan MARA adalah realiti dan bukannya suatu mimpi. Ayuh, pelajar KKTM Kuantan semua! Bangun, dan capailah kejayaan yang menanti di hadapan. Suatu hari nanti impian akan menjadi kenyataan. Insya-Allah.
 
Buat Rulhafizi, sekalung TAHNIAH! diucapkan.
 
 

Jumaat, 1 Februari 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul KKTM Kuantan 1434H / 2013M

KKTM Kuantan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kolej pada hari ini (1 Februari 2013) bermula seawal 7.45 pagi dengan perarakan mengikut jabatan masing-masing. Terdapat pertandingan-pertandingan yang diadakan sempena majlis ini seperti Pertandingan Sepanduk, Perbarisan dan Montaj Maulidur Rasul.
 
Jabatan Robotik telah memenangi Tempat Pertama untuk Pertandingan Montaj. Majlis bersurai jam 12 tengahari dengan jamuan makan. Berikut antara gambar-gambar sepanjang program tersebut.
 
Sepanduk Jabatan Robotik
 
Pelajar-pelajar Jabatan Robotik mendahului perbarisan.
 
Perarakan perbarisan Jabatan Robotik dengan baju koprat jabatan.
 
Pensyarah-pensyarah Jabatan Robotik mengikuti perbarisan.
 
Bergambar kenangan pelajar dan pensyarah dengan sepanduk Maulidur Rasul.
 
 
 

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...