Sabtu, 28 November 2015

Kemaskini Hari Ke-Dua RoBatlle 2015, 28 November 2015 (Kemaskini ke-2)

Saksikan gambar-gambar dan video sekitar hari pertandingan

Pit-Stop team KKTMKu

Exercutioner melepasi pemeriksaan dimensi (kurang 300x300x1000mm)

Akan tetapi Exercutioner tidak melepasi pemeriksaan berat 7.5kg. Berat yang ditimbang adalah 8.2kg

"Cover" badan robot terpaksa dibuang untuk mengurangkan berat


Berat Exercutioner cukup-cukup 7.5kg iaitu berat tanpa bateri setelah di"bogel"kan.
Ketika ditimbang, berat dengan bateri adalah 7.6kg

RoBattle field


Team KKTMKu tidak sempat "trial run" di atas RoBattle field disebabkan pasukan terpaksa membuka "cover" badan robot untuk ditimbang semula menyebabkan masa telah tamat untuk trial run.


Kemaskini Hari Ke-Dua RoBatlle 2015, 28 November 2015 (Hari Pertandingan)

Hari ini tiba lah hari yang dinantikan iaitu hari pertandingan RoBattle UniKL-MFI 2015. Persediaan dan persiapan robot Exercutioner telah dibuat semalaman semasa tiba di Bangi. Walaupun begitu, seawal pagi ini team KKTMKu masih menyiapkan beberapa bahagian robot yang bermasalah sebelum dibawa ke MFI. Pendaftaran adalah sebelum jam 10 pagi.

Proses menukar bahagian hadapan robot sebagai senjata untuk menyodok robot lawan


Team Exercutioner KKTMKu sudah bersedia!
Dari kiri: Sir Razelan, Adib, Sir Yusri, Syazwan, Amirul dan Amin


Jumaat, 27 November 2015

Kemaskini Hari Pertama RoBattle 2015, 27 November 2015

Team Robattle KKTMKu telah tiba di Bangi, Selangor pada awal pagi Jumaat, 27 November 2015. Pasukan ini telah menetap di Bangi Guest House, iaitu rumah inap yang terdekat dengan UniKL-MFI.

Setibanya di rumah inap tersebut, team Robattle KKTMKu telah memulakan kerja-kerja untuk menyiapkan robot Executioner dan mengujilari robot tersebut. Ini termasuk juga kerja-kerja menghias robot dengan "sticker" dan graffi tangan menggunakan "marker pen" sahaja.

Bilik team Exercutioner

Kawasan lapang yang sesuai untuk ujilari

Meja simen fero kebetulan berada depan bilik penginapan, menjadi tempat bertukang robot

Sir Razelan memberi idea tambahan



"Cover" robot sedang dibuat

Executioner sedang diujilari


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...