Ahad, 13 April 2014

Kemenangan Rope Climbing Robot di MIRoC 2014

Team KKTM Kuantan buat julung kalinya dalam pertandingan peringkat antarabangsa seperti MIRoC 2014 ini telah mempamerkan kesungguhan dan potensi untuk berjaya di peringkat akhir perlawanan. Team Rope Climbing Robot KKTM Kuantan dengan robot NGUBot nya telah memenangi tempat ketiga bagi kategori Institut Teknikal dan Kemahiran.

Kemenangan ini merupakan kemenangan sulung bagi KKTM Kuantan dalam pertandingan MIRoC ini amnya dan juga Jabatan Automasi & Robotik KKTM Kuantan khasnya. Team Rope Climbing KKTM Kuantan membawa pulang wang tunai RM1500.00 berserta plak pertandingan.

Menurut pengurus pasukan Rope Climbing Robot, En Shazwan Shahabadin, pasukannya sepatutnya dapat ke perlawanan akhir dan mendapat tempat pertama kerana NGUBot dapat beraksi cemerlang sepanjang perlawanan kumpulan dengan membuat "complete task" bagi mendapat 50 markah. Akan tetapi apabila ke pusingan separuh akhir, didapati tali yang diikat dalam perlawanan tidak tegang seperti sebelumnya dan menyebabkan robot terlajak dalam membuat cubaan untuk menjatuhkan bola dalam kawasan jatuhan.

Menurutnya juga, tahun hadapan sekiranya MIRoC masih ada, pasukannya akan buat yang terbaik dengan pengubahsuaian pada robot sedia ada untuk layak memenangi tempat pertama. Semoga team Rope Climbing Robot, dan juga 2 team lagi dari Fire Fighting Robot dan Conquer Robot dapat memenangi hadiah dan pingat pada tahun hadapan. In Sha Allah.

Berikut gambar kemenangan KKTM Kuantan di MIRoC 2014:



Sabtu, 12 April 2014

Keputusan Terkini MIRoC 2014, 12 April 2014

Team Rope Climbing Robot dengan robotnya NGUBot telah berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir di mana telah memenangi 8 dari 9 perlawanan.

Manakala Team Fire Fighting Robot telah berjaya mara ke pusingan suku akhir dengan pungutan mata 4 point.

Team Conquer Robot kali ini tidak berjaya mara ke pusingan suku akhir apabila telah kalah di pusingan kumpulan.

Berikut adalah keputusan semua pertandingan.

Keputusan Kumpulan Rope Climbing Robot. KKTM Kuantan mara ke separuh akhir pertama menentang POLISAS B esok (13 April 2014)

Keputusan Kumpulan Fire Fighting Robot

KKTM Kuantan mara ke suku akhir melawan Kolej Komuniti Segamat esok (13 April 2014)

Kemaskini Hari Ketiga MIRoC 2014, 12 April 2014

Antara gambar-gambar terkini:

Orang kuat MIRoC 2014

Team Conquer Robot ready!!

Our Presenter!

Mendengar taklimat sebelum pertandingan Conquer Robot

1 minute Setting time Conquer Robot

Conquer Robot KKTM Kuantan vs Politeknik Melaka

Conquer Robot KKTM Kuantan vs Politeknik Sultan Azlan Shah

 
Fire Fighting Robot in Action!

Robot berjaya membuat rescue bola pingpong

Setup NGUBot sebelum bertanding

1 minute Setting time Rope Climbing Robot

Rope Climbing Robot KKTM Kuantan vs Politeknik Ungku Omar



Hari Pertandingan MIRoC 2014, 12 April 2014

Selamat pagi Arau, Perlis. Hari ini merupakan hari pertandingan yang akan menentukan nasib KKTM Kuantan dalam pertandingan MIRoC 2014 ini.
Berikut adalah Jadual Pertandingan bagi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan:
Conquer Robot:
1. KKTM Kuantan vs Politeknik Melaka - 9.31 pagi
2. KKTM Kuantan vs Politeknik Sultan Azlan Shah - 10.23 pagi
Fire Fighting Robot:
1. KKTM Kuantan vs GMI - 8.40 pagi
2. KKTM Kuantan vs Politeknik Kota Bahru - 9.20 pagi
3. KKTM Kuantan vs KKTM Kemaman B - 10.00 pagi
Rope Climbing Robot:
1. KKTM Kuantan vs IKM Tsya - 9.20 pagi
2. KKTM Kuantan vs KKTM Balik Pulau A - 9.40 pagi
Diharap Team KKTM Kuantan dapat memberi saingan yang sengit terhadap lawan walaupun robot masing-masing masih mempunyai masalah setelah usaha keras dilakukan sepanjang malam semalam. Go KKTMKu! Go! Go!
Team Rope Climbing Robot masih menyiapkan NGUBot yang bermasalah sebelum menaiki bas ke UniMAP

Jumaat, 11 April 2014

Trial-run Robot MIRoC, 11 April 2014

Team KKTM Kuantan telah mengujilari robot di gelanggang robot kategori masing-masing. Kira-kira jam 3.40 petang, robot KKTM Kuantan telah diperiksa dan diberi giliran untuk mencuba gelanggang pertandingan.

Berikut gambar-gambar sekitar trial-run robot-robot tersebut.
Rombongan hantaran robot MIRoC KKTM Kuantan

Line-up Conquer Robot KKTM Kuantan

Trial-run Conquer Robot

Conquer Robot menaiki platform untuk mencuba memasukkan bendera ke dalam kotak

Trial-run Fire Fighting Robot

Team Fire Fighting Robot KKTM Kuantan berusaha membetulkan program robot.

Gelanggang Rope Climbing kategori Institut Kemahiran

Trial-run team Rope Climbing KKTM Kuantan, "NGUBot". NGUBot bermaksud "Never Give Up Robot".

Booth KKTM Kuantan

Dua bekas pelajar Industrial Automation & Robotics KKTM Kuantan turut mengikuti MIRoC 2014

Kemaskini Hari Kedua MIRoC 2014, 11 April 2014

Kesemua team KKTM Kuantan telah mendaftarkan diri untuk kategori robot masing-masing pada pukul 10 pagi. Taklimat teknikal untuk Conquer Robot diadakan sejurus selepas pendaftaran kira-kira jam 10.30 pagi.
Pelbagai isu telah timbul bagi memastikan format baru pertandingan tidak bias dan tidak menjadi masalah ketika pertandingan yang akan diadakan bermula esok pagi (12 April 2014). Kata sepakat di antara semua team yang bertanding telah didapatkan untuk memastikan format baru yang dirangka secara adhoc ini sempurna untuk dijalankan dan fair-play.
Pemeriksaan robot bagi ketiga-tiga team KKTM Kuantan akan diadakan sebelah petang nanti. Ikuti kemaskini harian nanti.

Gelanggang Conquer Robot bagi kategori Institut Kemahiran

Kumpulan Fire Fighting Robot

Jadual pertandingan Fire Fighting Robot

Kumpulan Conquer Robot

Jadual pertandingan Conquer Robot kategori Institut Kemahiran

Khamis, 10 April 2014

Kemaskini Hari Pertama MIRoC 2014, 10 April 2014

Berikut sebahagian gambar-gambar aktiviti sepanjang malam hari pertama di Arau, Perlis.
Walaupun jam telah menunjukkan pukul 3.50 pagi, tetapi Team KKTM Kuantan masih komited untuk menyiapkan robot masing-masing.

Team Conquer Robot

Sir Azfitry membantu Team Conquer Robot

Perbincangan yang serius untuk menyiapkan programming Rope Climbing Robot

MIRoC 2014

MIRoC 2014 kembali lagi. Venue kali ini masih sama di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra. Pertandingan bermula pada 11-13 April 2014, dengan mengekalkan 3 kategori pertandingan iaitu Rescue Robot bagi sekolah menengah, Fire Fighting Robot dan Rope Climbing Robot bagi universiti dan institut kemahiran.
Hanya kategori Paintball Robot yang menjadi tumpuan utama pertandingan terpaksa ditukar format pertandingan kepada kategori Conquer Robot atas sebab-sebab keselamatan negara di mana Paintball Marker gun menjadi satu kategori senjatapi. Disebabkan permit pertandingan masih belum diluluskan, pihak penganjur telah menukar format pertandingan disaat akhir supaya ianya tidak menjadi satu isu yang menyukarkan semua peserta kategori ini.

Format baru ini masih menggunakan persekitaran Paintball Robot yang sama, cuma kali ini pertandingan hanya merebut bendera pihak lawan. Oleh itu, gripper yang digunakan untuk meletakkan bendera ke pihak lawan perlulah berfungsi dengan baik bagi memenangi pertandingan ini. Hanya perlu mendapatkan bendera pihak lawan dan membawa pulang ke base sendiri.

Team KKTM Kuantan masih menyertai ketiga-tiga kategori pertandingan dan telah pun tiba di Arau, Perlis lewat petang tadi (10 April 2014). Setakat ini semua team masih bertungkus-lumus menyiapkan robot masing-masing sebelum pertandingan pada hari Sabtu ini (12 April 2014).
Nantikan kemaskini sepanjang pertandingan ini diadakan nanti dari masa ke semasa.
Sekian dulu untuk permulaan hari ini.
-Admin
Sempat lagi mencuba PS2 Controller yang baru dibeli ketika singgah di Megamall Pinang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...