Ahad, 13 April 2014

Kemenangan Rope Climbing Robot di MIRoC 2014

Team KKTM Kuantan buat julung kalinya dalam pertandingan peringkat antarabangsa seperti MIRoC 2014 ini telah mempamerkan kesungguhan dan potensi untuk berjaya di peringkat akhir perlawanan. Team Rope Climbing Robot KKTM Kuantan dengan robot NGUBot nya telah memenangi tempat ketiga bagi kategori Institut Teknikal dan Kemahiran.

Kemenangan ini merupakan kemenangan sulung bagi KKTM Kuantan dalam pertandingan MIRoC ini amnya dan juga Jabatan Automasi & Robotik KKTM Kuantan khasnya. Team Rope Climbing KKTM Kuantan membawa pulang wang tunai RM1500.00 berserta plak pertandingan.

Menurut pengurus pasukan Rope Climbing Robot, En Shazwan Shahabadin, pasukannya sepatutnya dapat ke perlawanan akhir dan mendapat tempat pertama kerana NGUBot dapat beraksi cemerlang sepanjang perlawanan kumpulan dengan membuat "complete task" bagi mendapat 50 markah. Akan tetapi apabila ke pusingan separuh akhir, didapati tali yang diikat dalam perlawanan tidak tegang seperti sebelumnya dan menyebabkan robot terlajak dalam membuat cubaan untuk menjatuhkan bola dalam kawasan jatuhan.

Menurutnya juga, tahun hadapan sekiranya MIRoC masih ada, pasukannya akan buat yang terbaik dengan pengubahsuaian pada robot sedia ada untuk layak memenangi tempat pertama. Semoga team Rope Climbing Robot, dan juga 2 team lagi dari Fire Fighting Robot dan Conquer Robot dapat memenangi hadiah dan pingat pada tahun hadapan. In Sha Allah.

Berikut gambar kemenangan KKTM Kuantan di MIRoC 2014:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...